BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Disember 17, 2011

Selamat hari Lahir Mak..

Pada 15 Disember 2011 ( Khamis), hari lahir mak saya yang ke- 56 tahun. Alhamdulillah, mak masih sihat, masih kuat untuk berjalan dan melakukann aktiviti seharian dan semakin bergaya. Mak... panggilan itu mungkin sama seperti wanita2 lain tapi disebalik panggilan Mak itu terselit 1001 pengertian lain bagi kami anak2 Hajah Nor Aini Binti Awang. Kami sering mendengar cerita susah dan senang mak dibesarkan.. dan membesarkan kami. Xpernah rasa menyesal melahirkan kami. Setiap kali bertemu orang, mak sering ceritakan kehebatan anak2, walaupun kami xsehebat mana. tapi itu bukti yang mak amat menyayangi kami, mengasihi kami dan berbangga menjadi mak kepada kami.. Terima Kasih Mak.

Mak dah banyak berkorban untuk kami, bukan sahaja masa, wang tapi nyawa demi membesarkan kami.. Mak sentiasa melindungi kami dan berusaha memastikan kami sihat, gembira dan bahagia... kalau mak tahu kami susah, mesti mak xtenang. mesti mak asyik memikirkan macam mana nak tolong...itulah naluri seorang mak. Terima Kasih Mak...

Harap mak terus sihat dan dipanjangkan umur untuk bersama kami. Harap kami sempat berbakti kepada Mak, mengembirakan Mak dan memenuhi segala permintaan Mak.


Selamat Hari Lahir Mak.

YA SAYANG MAK......




Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

0 comments: