BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Disember 17, 2011

Bila Tiada Anak , Isteri Lebih Terseksa..

Perepekkk..PAP....Adui.....kena pada muka sendiri. :(  betul ke isteri lebih terseksa? Erm..terpulang pada individu la kan..tapi kagum dengan paparan Wanita Hari Ini 16/12/2011 di mana pasangan itu dah berbelas tahun kawin tapi belum dikurniakan anak dan menerima dengan redha dan sabar menanti. Tabik Springgggg..toi..toi... Pada hakikatnya memanglah bile sudah berkawin, mestilah ingin anak xkan nak hidup berdua jer sampai mati. Nanti sape nak doakan kalu dah mati dan sebagai pewaris harta pusaka ( hutang-piutang) hahaha..Namun itu semuakan perancangan Allah. Mana leh kite pandai2 tukar. TAPI kite kena la berusaha xkan nak tunggu anak bergolek2 datang depan kite.Memang xkan terjadi la. ( wah dah membebel plak pagi2 nie.)

Berbalik kepada tajuk tadi, memang diakui la isteri akan lebih rasa terseksa berbanding suami. Mana x nye asyik isteri jer disalahkan bile xdapat anak sedangkan anak kan hasil gotong royong dan bukan kerja sorang2 leh dapat. Jadi puncanya mesti daripada 2  kan..kan..  Mengikut kajian pun masalah datang dari isteri sebanyak 40%, masalah dari suami pun 40 % dan masalah dari kedua-duanya sebanyak 20%. Lupa lak mana saya dapat makumat nie. (tapi kajian nie bukan rekaan saya tau ) Jadi lau rasa kuat emosi n kewangan boleh la p pakar untuk dapatkan kepastian. Mana la tau, kedua-duanya normal / tiada masalah cuma rezeki belum sampai. Kena sabar la.. Sabar memang senang diungkapkan tapi yang nak menanggung bile tiap kali orang tanya bile nak ada anak..stress jugak. lagi stress bile suami kite senyum sendiri tengok anak orang lain. hukhukhuk... (emosi lebih )

Apa pun itu semua dah ditentukan.. Yakin dengan Perancangan Allah..Sesungguhnya DIA lebih mengetahui baik dan buruk untuk hambanya. Ini cuma pandangan peribadi saya..kalau korang rasa cam lain terpulang la kan..Apa pun harap korang leh doakan saya supaya berjaya mendapat zuriat dan menjadi mama seperti wanita2 di luar sana..Amin...

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

0 comments: