BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Disember 17, 2011

Hebat Ke Dia?

Itu bukan persoalannnya. itu cuma tajuk yang sengaja digempakkan.hahah.. Siapa dia? erm ok2 saya nak citer la nie, cuba bawak bersabar ( gelojoh amalan syaitan)

Dia nie seorang ibu kepada seorang baby yang comel dan seorang isteri kepada lelaki yang ensem ( dah laki dia mesti la dia puji) Saya mula kenal dia awal tahun 2011. Kenal tapi xpernah bertentang mata, xpernah bersalam, xpernah peluk cium ok. Cam ner kenal? Saya pun xingat cam ner first time leh kenal dia tapi sejak kenal too..hari2 saya nak jumpa dia, nak tahu tentang dia. Sehari ke sehari saya mula mengenalinya, saya tahu siapa dia, keluarganya, kisah sedihnya, cerita gembiranya dan aktiviti yang berlaku dalam kehidupannya. Walaupun saya xpernah bertegur sapa denganya. saya hanya pemerhati dari jauh tapi setiap kali melihat pasti emosi saya bersama emosinya..kalau dia sedih, saya mampu menangis. Bila dia gembira saya tertawa sendiri. Bile dia sedang geram, saya plak tambah2  geram. Mungkin itulah sebab orang2 lama cakap, xkenal maka xcinta.tapi bukan nak bercinta dengan dia yerk..saya bukan lesbian. Cuma sebagai seorang manusia, saya kagum dengan ketabahan dia. Secara tidak langsung dia juga menjadi guru tidak formal saya tentang kecantikan, tentang kehidupan dan cara mencantikan blog nie. Terima kasih kepada dia... Walaupun saya tahu dia xkenal dan xtahu tentang kewujudan saya...

Korang mesti dah geram kan..puji melambung jer kat dia tapi xtahu sape dia.ok..ok.. saya nak bgtahu la nie. dia yang saya maksudkan adalah Cik Puan Bunga   hahahahhah.. dia pemilik sebuah blog yang sangat comel dan kreatif... xcaye klik la kat nama dia too...harap korang pun suka baca blog dia. Sowi CPB bukan nak promosi cuma nak berkongsi. Itu jer nak citer..Bye...


Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

0 comments: