BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, Disember 18, 2011

En. Ciko...

Siapa itu en. ciko? ensem ker? anak raja ker? oooo tidak..tidak... en cik bukan manusia biasa.. ia adalah hamster baru saya.. jika anda singgah di sini sila la kasi en ciko makan yerk... 
bye..

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Sabtu, Disember 17, 2011

Selamat hari Lahir Mak..

Pada 15 Disember 2011 ( Khamis), hari lahir mak saya yang ke- 56 tahun. Alhamdulillah, mak masih sihat, masih kuat untuk berjalan dan melakukann aktiviti seharian dan semakin bergaya. Mak... panggilan itu mungkin sama seperti wanita2 lain tapi disebalik panggilan Mak itu terselit 1001 pengertian lain bagi kami anak2 Hajah Nor Aini Binti Awang. Kami sering mendengar cerita susah dan senang mak dibesarkan.. dan membesarkan kami. Xpernah rasa menyesal melahirkan kami. Setiap kali bertemu orang, mak sering ceritakan kehebatan anak2, walaupun kami xsehebat mana. tapi itu bukti yang mak amat menyayangi kami, mengasihi kami dan berbangga menjadi mak kepada kami.. Terima Kasih Mak.

Mak dah banyak berkorban untuk kami, bukan sahaja masa, wang tapi nyawa demi membesarkan kami.. Mak sentiasa melindungi kami dan berusaha memastikan kami sihat, gembira dan bahagia... kalau mak tahu kami susah, mesti mak xtenang. mesti mak asyik memikirkan macam mana nak tolong...itulah naluri seorang mak. Terima Kasih Mak...

Harap mak terus sihat dan dipanjangkan umur untuk bersama kami. Harap kami sempat berbakti kepada Mak, mengembirakan Mak dan memenuhi segala permintaan Mak.


Selamat Hari Lahir Mak.

YA SAYANG MAK......




Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Hebat Ke Dia?

Itu bukan persoalannnya. itu cuma tajuk yang sengaja digempakkan.hahah.. Siapa dia? erm ok2 saya nak citer la nie, cuba bawak bersabar ( gelojoh amalan syaitan)

Dia nie seorang ibu kepada seorang baby yang comel dan seorang isteri kepada lelaki yang ensem ( dah laki dia mesti la dia puji) Saya mula kenal dia awal tahun 2011. Kenal tapi xpernah bertentang mata, xpernah bersalam, xpernah peluk cium ok. Cam ner kenal? Saya pun xingat cam ner first time leh kenal dia tapi sejak kenal too..hari2 saya nak jumpa dia, nak tahu tentang dia. Sehari ke sehari saya mula mengenalinya, saya tahu siapa dia, keluarganya, kisah sedihnya, cerita gembiranya dan aktiviti yang berlaku dalam kehidupannya. Walaupun saya xpernah bertegur sapa denganya. saya hanya pemerhati dari jauh tapi setiap kali melihat pasti emosi saya bersama emosinya..kalau dia sedih, saya mampu menangis. Bila dia gembira saya tertawa sendiri. Bile dia sedang geram, saya plak tambah2  geram. Mungkin itulah sebab orang2 lama cakap, xkenal maka xcinta.tapi bukan nak bercinta dengan dia yerk..saya bukan lesbian. Cuma sebagai seorang manusia, saya kagum dengan ketabahan dia. Secara tidak langsung dia juga menjadi guru tidak formal saya tentang kecantikan, tentang kehidupan dan cara mencantikan blog nie. Terima kasih kepada dia... Walaupun saya tahu dia xkenal dan xtahu tentang kewujudan saya...

Korang mesti dah geram kan..puji melambung jer kat dia tapi xtahu sape dia.ok..ok.. saya nak bgtahu la nie. dia yang saya maksudkan adalah Cik Puan Bunga   hahahahhah.. dia pemilik sebuah blog yang sangat comel dan kreatif... xcaye klik la kat nama dia too...harap korang pun suka baca blog dia. Sowi CPB bukan nak promosi cuma nak berkongsi. Itu jer nak citer..Bye...


Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Bila Tiada Anak , Isteri Lebih Terseksa..

Perepekkk..PAP....Adui.....kena pada muka sendiri. :(  betul ke isteri lebih terseksa? Erm..terpulang pada individu la kan..tapi kagum dengan paparan Wanita Hari Ini 16/12/2011 di mana pasangan itu dah berbelas tahun kawin tapi belum dikurniakan anak dan menerima dengan redha dan sabar menanti. Tabik Springgggg..toi..toi... Pada hakikatnya memanglah bile sudah berkawin, mestilah ingin anak xkan nak hidup berdua jer sampai mati. Nanti sape nak doakan kalu dah mati dan sebagai pewaris harta pusaka ( hutang-piutang) hahaha..Namun itu semuakan perancangan Allah. Mana leh kite pandai2 tukar. TAPI kite kena la berusaha xkan nak tunggu anak bergolek2 datang depan kite.Memang xkan terjadi la. ( wah dah membebel plak pagi2 nie.)

Berbalik kepada tajuk tadi, memang diakui la isteri akan lebih rasa terseksa berbanding suami. Mana x nye asyik isteri jer disalahkan bile xdapat anak sedangkan anak kan hasil gotong royong dan bukan kerja sorang2 leh dapat. Jadi puncanya mesti daripada 2  kan..kan..  Mengikut kajian pun masalah datang dari isteri sebanyak 40%, masalah dari suami pun 40 % dan masalah dari kedua-duanya sebanyak 20%. Lupa lak mana saya dapat makumat nie. (tapi kajian nie bukan rekaan saya tau ) Jadi lau rasa kuat emosi n kewangan boleh la p pakar untuk dapatkan kepastian. Mana la tau, kedua-duanya normal / tiada masalah cuma rezeki belum sampai. Kena sabar la.. Sabar memang senang diungkapkan tapi yang nak menanggung bile tiap kali orang tanya bile nak ada anak..stress jugak. lagi stress bile suami kite senyum sendiri tengok anak orang lain. hukhukhuk... (emosi lebih )

Apa pun itu semua dah ditentukan.. Yakin dengan Perancangan Allah..Sesungguhnya DIA lebih mengetahui baik dan buruk untuk hambanya. Ini cuma pandangan peribadi saya..kalau korang rasa cam lain terpulang la kan..Apa pun harap korang leh doakan saya supaya berjaya mendapat zuriat dan menjadi mama seperti wanita2 di luar sana..Amin...

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Selasa, November 29, 2011

Cemburu tanda Sayang....

Alaihai...leh caye ke statment too..Cemburu tanda sayang?? erm...sayang vs takut kehilangan, mana satu yang lebih sesuai..aik..tertibe kan terbuka citer nie..cikgu azura..mana ada perkara yang berlaku tanpa sebab..(hukhukhuk )  lagi xmau mengaku... 

ok..ok..saya ngaku, saya sangat cemburu..tapi xpernah bagitau pada orang yang sepatutnya yang SAYA CEMBURU...perlu ke bagitau? pada saya kalu dia kenal kite, pasti dia leh tahu yang orang di depannya sedang cemburu..sedih...gembira...kan? kan? nasib baik ada kawan2 yang memahami..dan sudi mendengar..tq2 pada yang berkenaan..anda tahu siapa anda yang saya maksudkan...time asih banyak2.. "Kadang kala hati ini jahat" dah tau perkara itu menyakitkan tetap nak tahu..tetap nak dengar..tetap nak cari sampai jumpa..mungkin itulah beza hati perempuan dan hati lelaki..huhu..ok..ok..stop...sebelum bandar jb banjir kilat..hahahahha....k,bye...

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Jumaat, Oktober 14, 2011

Diam.....shyuuuuu...

Assalamualaikum... 
Hukhukk...sudah lama rasanya mendiamkan diri, membisukan kata2...bukan melupakan cuma memberi masa untuk diri sendiri. padahal malas nak mengarang.. hahaha..

Kali nie cuma nak bagitau..tuan punya blog nie masih bernyawa..ahak..ahak... itu jer..bye..byee...

Isnin, Ogos 01, 2011

Untuk Muslimin dan Muslimat...

 Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa...Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Isnin, Jun 06, 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Ariza..

Assalamualaikum...selamat pagi..
Ari nie nak story sikit tentang majlis perkahwinan Puan Ariza yang berlangsung 4hb Jun...Heheh..lewat sudah tpi tetap belum basi yerk..heheh.. Setelah seminggu mencari teman2 meronggeng, akhirnya aini jugak sudi membawaku ke majlis ne..maklumlah cik puteh tidak menemaniku sepanjang 2 minggu ini.waaaawaaaa..rindu cik puteh...

Oppsss...back too majlis Puan Ariza la...layankan jiwa makin parah jadinya...ok ari tersebut Cik Aini dan adiknya datang mengambilku dan mak bergerak ke Dewan yang dimaksudkan kat belakang SMK Tanah Putih...xpernah plak aku tau belakang too ader dewan. adeh..malas plak nak citer layanzz gambar yg xseberapa nie jer la yerk..heheh

SEBELUM P KITE BERGAMBAR DULU...HEHEH

INI DIA PASANAGAN VOGUE HARI TERSEBUT..

SENYUM JANGAN XSENYUM PUAN ARIZA....

PASANGAN PUAN ARIZA EN HADI (KLU XSALAH NAMANYE)



Itu jer...byeeee..

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Sabtu, Jun 04, 2011

Jika Kesakitan Itu Satu Ujian

Assalamualaikum...Selamat Malam..
Malam ker sekarang? Maaf dah kul 12.31 pagi 5hb June..wah sudah semakin dekat dengan ...coppp bukan nak cerita pasal too yerk..ok..back to school..hahha...

Sudah2..sila pulang ke pangkal jalan..hehe..nak cerita saya dah 2 hari terlantar menanggung kesakitan...wahh xde la sampai xleh bangun yek..cuma kurang bertenaga dan lebih banyak baring dan tidur daripada menjalankan aktiviti yang sihat.Mungkin ini ujian Allah pada saya yang sedang berjauhan dengan suami agaknya.Perubahan cuaca JB dan Kuantan yang agak berbeza membuatkan tekak saya agak terkejut dan mengalami tonsil (betul ke ejaannya begitu?) membesar,membengkak dengan jayanya..

Setelah 2-3 kali kena marah dengan en suami dari jauh suruh p klinik, akhirnya malam tadi buat pertama kalinya memandu Saga FL CCT 2879 ke Klinik Sara + Hana...Klinik nie baru buka dan doktor dia sangat comel dan lemah lembut..tenang jer bile tgk muka doktor too..aduhh...nak jadi doktor la pas niecam best jer..hahhah... (sila berpijak pada bumi yang nyata yerk...cikgu azura)
Setelah diambil tekanan suhu badan..37c sedikit demam...kemudian diminta membuka mulut disuluh2...besar nie lukanya..pasti sakit.... (wah ayat empati, touching tau) dan DR ada bagi 1 tip yang xpernah dengar lg sebelum nie... Kalu nak nipiskan tonsil nie..cikgu balik nie makan ice cream vanila..wahhhh doktor nie..cam tau2 jer saya tengah berkira2 nak beli ais cream..hahah..so nanti klu kawan2 kena tonsil sila la makan ais cream VANILA ok.bukan perisa lain..

sekali bile dapat ubat..taraa....amek makan semua..telan2... hehe..


Doakan saya cepat sembuh yerk..Berpuluh2 hinggit dah abis nie..esok nak p makan kenduri kawin my budy plak..Cik Ariza Yusof...Kawin sorang lagi kawanku..itu kite citer next entri yerk..Byee...

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Rabu, Jun 01, 2011

Kain Sarung Sarawak

Assalamualaikum...Hai Malaysia...
Meh dekat sikit..nak cerita...hahha..dok jauh pun xper..bukan leh dengar..kena baca sendiri yerk, baru paham maksud yang hendak disampaikan..tajuk entri Kain Sarung Sarawak...COP..saya lum pernah jejak kaki dibumi Sarawak..insyaAllah, jika diizinkan akan sampai jua..Amin...

Tapi kali nie nak ucap TERIMA KASIH pada Pun Hidayah dan Cikgu Jan sebab telah menghadiahkan kain sarung sarawak nie untuk saya..sempena apa? disebabkan sampai dalam bulan JUN maka mungkin untuk hadiah hari lahir saya yang akan datang...waaahhh..hadiah sampai dulu..tq.tq..nak lompat bintang 8x...hehhe. nak tgk ker cam ner kain Sarawak nie.. boleh..boleh tapi sape dah tengok kena beli ar pas nie dgn Puan Hidayah...wajib ok...hahhaha (PAKSA NIE)...

Tara....

WAH..sangat cantik warna hijau.sempena tema raya tahun 2011..
 

TERIMA KASIH
PUAN HIDAYAH & CIKGU JAN
Jadi jika ada sape2 yang berminat leh p kat blog Pn. Hidayah nie
http://nurboutiqe.blogspot.com/ selain kain dia ada jugak jual tudung2..leh la singgah kat sana untuk cuci mata sekali..wah...nak komisen nie sebab kasi promosi sekali..hahah..raya tahun depan lak...hahahha...byeeee...

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Untuk Mak dan Abah.

Mak,
Ingin saat ini ku kucup dahimu,
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu,
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.

Abah,
Aku rindu cium tanganmu,
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki,
Aku rindu kata-katamu,
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku.

Mak, Abah,
Aku rindu menatap wajahmu,
Aku rindu masakanmu,
Aku rindu nasihatmu,
Aku rindu gelak tawamu.

Mak,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.
 
Abah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.
Terima kasih cintaku, mak dan abah,
Aku bangga jadi anak kalian.

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil: Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." [QS. Al-Baqarah:83]

-Artikel iluvislam.com



Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Sambutan Hari Lahir Abah

 Assalamualaikum...Selamat Petang....

Jika dilihat pada tajuk entri nie pun dah dapat agak kan..apa yg sy nak citer so..rasanya xperlu membebel panjang2...sila la layan gambar yang ada.....

 Topi birthday yang dikitar semula daripada birthday Mak dulu...heheh...

 Bihun goreng...hasil tangan bonda..time asih mak..sedappp..licin too..

 Kuih talam yg ditempah khas dengan kak zihan..time asih... mmg terbaik...

 Kek dari Kedai Kek Sg Wang...mmg dah jadi pelanggan tetap..sedappp..

 Abah terkejut bile siap berlilin2 nie...heheh


 Akhirnya Abah sudi gak tiup lepas kena paksa dgn saya..heheh...tq Abah...

 Selamat Hari Lahir Abah..


Mak nak interframe gak...heheh....Love Abah n Mak

 BEsornyee mate dia.....

 Sila2 makan..jgn malu2 yerk...

 Jemput Makan...

 Itu dia mak lang...best kan bihun mak..hehhe..

 time asih cik anah sudi datang malam2 nie..

 Cik Lim xketinggalan..time asih...

 Sila duduk dengan sopan yerk..hahha...

 Wow..banyak gak hadiah yang Abah dapat..time kasih semua...

 Love u Abah...MUuuaaaahhh....


 Cinta hati kami...
Nor Hazwani , Noor Azman , Noor Azlan n Noor Azura....


Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Selasa, Mei 31, 2011

Saat Bergumbira...

Assalamualaikum...Selamat Pagi...

 Hari nie sudah hari ker - 5 berada di kampung...aman...tenang..tanpa mendengar loceng sekolah..tanpa mendengar nama saya dijerit2 untuk kerja itu..kerja ini yang bukan kerja saya...tanpa dengar bunyi kasut murid berlari...walau ditegur terus berlari...tanpa perlu dengar budak menjerit2...tanpa tengok budak bergaduh....tanpa tengok kepala budak berdarah..telinga putus...amannnnnn...tenangggggggggg.. bile di kampung...
(hahah..poyos jer ayat2 jiwa di atas..tolong jangan muntah merata-rata hahahha)

So program hari ini adalah persiapan sambutan hari jadi abah..walaupun ianya mungkin sangat simple..dan dihadiri oleh kami2 jer..harap ia jadi kenangan pada abah...sebab xpernah sambut birthday abah cam nie...hukhukk...hope sangat abah hepi... so jap lagi nak kuar..beli kek untuk abah n sebagainye...

SELAMAT HARI LAHIR ABAH 

Ya..sayang abah...muuuaaahhhhh....


Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Selasa, Mac 08, 2011

Ahli Baru Sudah Mai

Morning semua...
Hari nie bermula UPPM 1, bagi murid tahun 6 di Johor.Selamat berjuang yerk anak2 murid sekalian..Walaupun saya tidak mengajar kamu-kamu..tapi cikgu tetap mendoakan kejayaan kamu-kamu..Amin..Pagi2 lagi dah pening dengar macam2 masalah yg murid2 wujudkan..begini la rutin sebagai guru bimbingan agaknya..kena bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal tidak pernah terpk akan berlaku.. 

1. Murid tahun 6, dari Januari hingga ke Mac boleh dibilang berapa hari jer datang sekolah dan kini dia
    hilang tanpa khabar berita.. sudah ke rumahnya tetapi berkunci dan bermangga.
2. Murid tahun 5, keluar rumah seperti biasa tapi xsampai sekolah dan baru pagi tadi dpt tahu sudah 2 hari
    xbalik ke rumah.
3. Murid tahun 2, tertinggal van dan memaklumkan pada keluarga guru mendendanya sehingga tertinggal
    van..tapi nak dijadikan kes, guru tersebut tidak berada di sekolah pada masa terakhir kerana membawa
    murid bola jaring ke sekolah lain.
Ini la secubit kisah yang perlu saya dengar hampir setiap hari.Salah cikgu ke yang gagal mengajar? Salah ibu bapa ker yang gagal mendidik? Salah masyarakat ker yg tidak prihatin? Soalan itu terlalu sukar untuk dijawab.. Sendiri mau ingat.

ops..terpanjang plak mukadimah pagi ini,hehe..sebenarnya nak cerita tentang ahli baru.. cuba teka...certeka..certeka...bukan anak saudara baru...bukan anak sendiri baru.. tapi ahli baru utk cik green la, my beloved netbook...hehhe...dipersilakan....



Nama sy cik B.O = Blue Ocean..
Ahak..ahak...B.O nie cuma extenal hard disk la...yang baru dibeli masa Pc Fair kat Persada hujung minggu yg lalu..dah lama nakkan B.O nie sebab my cik green nie xtertanggung lg menampung byk2 dokumen, koleksi gambar dan muzik yang bertimbun2..so dengan adanya B.O bolehla saya mengurangkan beban Cik green...itu jer...hahhaha...

Bye..bye..

                                                                Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Sabtu, Mac 05, 2011

Selamat Menunaikan Umrah

Assalamualaikum..selamat petang semua...  

      Dikesempatan ini saya nak mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang kepada Pn. Maimunah (my cousin ), Cik Ezzaty dan En. Mohd Syafiq serta tidak dilupakan Mak Cik Nun yang akan berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadat umrah..Semoga ibadat kalian diterima dan segala doa dimakbulkan..termasuk doa untuk saya..hehhe..

Inilah Syafiq..hehhe.. itu budak kecik plak mat aqil
Ahak..ahak...ini plak Pn. Maimunah dan Cik Ezzaty kite..

 Yg nie Mak Cik Nun dan My Beloved Mom..hukhuk Rindu kat mak...
 Semoga Allah permudahkan segala perjalanan dan Selamat menjalani Ibadah Umrah..doa kami di sini agar segalanya dalam keadaan baik dan selamat pulang ke Malaysia semula...

Bye..bye.. HUkhukkhuk..

 Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Pening Kepala Mengkaji

Assalamualaikum...

Waaawaa.. peningnya kepala saya belajar untuk menaik taraf teratak saya nie..ini la akibatnya belajar tanpa guru..nak bertanya malu..kan dah pening kepala..padan muka saya...hahhaha..
saya sangat dengki dengan blog-blog yg mereka-mereka yg gagah perkasa dan cantik tahap dewa-dewa..macam ner nak jadi superb cam mereka?? sila bertanya yerk..ok..saya akan tanya..insaf..hahah

MARI PERGI BERGURU

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Jumaat, Mac 04, 2011

Hepi Birthday " Cerita Tanpa Noktah "

Assalamualaikum.... hai semua...wasup..wasuppp...hehhe...
 

Hepi birthday too u...
Hepi birthday too u...
Hepi birthday too " Cerita Tanpa Noktah"
Hepi birthday too u...
Muuaahh...mmuuahhh....

        Tanpa sedari dah setahun umur teratak nie..walaupun xbanyak yg dpt dikongsi kat sini tpi..xsalah kan utk meraihkan...suka ati la..teratak sendiri..ermm.baru perasaan yg cerita 2011 belum dikongsi lagi di sini..sebenarnya sangat yang nak dikongsikan tapi bile on9 jer..kata-kata hilang.. apa pun insyaAllah..akan cuba utk rajin menjenguk teratak ini ..
 
bye..bye...