BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, Ogos 02, 2010

Come back..

Assalamualaikum...Selamat Pagi... 
Fuhh..fuhh.... penuh sawang dah teratak ini..agak lama tidak balik menjenguk dan berkongsi cerita..Maaf pada pembaca tanpa suara yang sudi menziarah pada teratak yang ditinggalkan tuan ini. Bukan cerita sudah bernoktah tapi tuannya keluar dari teratak ini untuk mencari ketenangan yang hingga hari ini belum bertemu. 

Terlalu banyak perkara yang berlaku setelah saya berdua.. perubahan demi perubahan telah dilalui cuma saya tidak sempat berkongsi dengan kamu..kamu..dan kamu..hanya mereka..mereka...dan mereka yang hampir mengetahui. Gembira hidup sebagai seorang isteri tetapi berbeza pula perasaan dengan alam kerjaya... Untuk makluman kini saya telah bertukar tempat bertugas atas arahan mereka...mereka yang berkuasa ke atas saya yang dibawah... sukar rasanya menerima kenyataan ini dan sehingga kini masih berusaha menyesuaikan diri walau dalam hati ada tangisan.

Apa pun, kaki mesti terus melangkah kerana ini lah punca rezeki yang diberikan Allah... Biarlah hati ini terus menangis kerana anggota lain perlukan perhatian. Melalui hari-hari dan mengharapkan hikmah yang tersembungi disebalik ketentuan ini..sabarlah duhai hati..hehehh...terasa kelakor la plak berjiwang dan bermadah pujangga dipagi isnin hanya hening dan mendung ini...gagagga...cikgu azura sila balik ke alam nyata yerk..usah disimpan sakit di dalam hati..

CIKGU AZURA KEMBALI.......!!! hahahhaha...hari nie cuma nak buat come back jer so tadi baru mukadimah belum masuk citer lagi....jgn geleng-geleng kepala yerk... hari nie disebabkan masih pagi jadi belum ada la cerita yang menarik kan kena tunggu malam nanti la baru ada yang bleh dikongsikan betul kan..kan..kan.. cuma nak bgtau latihan rumah sukan kini bermula..petang nie pasukan rumah biru dan merah akan memulakan...adeh.... malazznye tapi layanzzz jer la yerk..saya kan dah jadi cikgu baru semula jadi kena la ikut dan buat..xleh melawan dan membantah...hukhuk...k la..nanti sambung semula yerk..sbb nanti cikgu2 marah plak cikgu kaunseling yang baru too xbuat keje..hhuhuh...bye..bye....


Tawa dan air mata cuma mainan jiwa