BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, November 14, 2012

Cuti Sekolah Kembali Lagi

Bermulalah episod

Disebabkan tahun lepas saya tidak dapat menikmati cuti sekolah kerana berpindah rumah. Tahun ini harus la saya balik kampung. Terima Kasih My Bucuk kerana izinkan isterimu ini bercuti di kampung bersama keluarga..luv u...muaaahh..muaahh..



Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Alhamdulillah

Syukur atas nikmat yang diberikan kepada saya..Terima Kasih Allah kerana memberi peluang kepada saya menerima lebih awal berbanding orang lain. 
Tahun 2011, penuuh dengan 1001 kisah suka duka dalam menjalankan tugas.
Keperitan, Kesabaran sering diuji dalam menyelesaikan tugas yang diamanahkan.
Tangisan dan perang emosi sering berlaku dalam diri hingga niat berhenti kerja mendesak jiwa. Walaupun saya terpaksa bekerja dengan orang-orang yang sering meningkatkan tahap didih darah tapi jauh disudut hati membenci mereka. Cuma sikap tidak profesional dan tidak bekerjasama menguji kesabaran.
Apa pun yang penting ikhlas dalam tugas dan tidak menjatuhkan orang lain untuk menaikan nama sendiri.




Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Hargailah Setiap Insan Di sisi

Alhamdulillah, Abg Azhar semakin pulih.. 



Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Assalamualaikum      
Syukur kepadaNYA Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang... kerana masih diberikan peluang kedua kepada abang Azhar untuk meneruskan hidup bersama keluarga kami..Semoga cepat sembuh..Amin

 Ketabahan, Kesabaran dan Kesetiaan seorang isteri



Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

17 Ramadan...

Assalamualaikum

Hari nie sudah 23 Ramadan.. tinggal seminggu lagi semua Umat Islam di Malaysia akan merayakan Hari Raya Aidilfitri..Hari Kemenangan setelah sebulan berpuasa..
Hari Pertemua dan Hari berkumpul setiap ahli keluarga, sanak saudara yang lama tidak berjumpa..
Tetapi mungkin perkara-perkara tersebut tidak akan berlaku pada keluarga kami tahun ini. Nape?

 Ermmm.. Kami sekeluarga telah dikejutkan dengan berita salah sorang ahli keluarga ( Abang Azhar - suami kepada kakak saya ) tidak sedarkan diri setelah muntah2 jam 2 pagi. Berita yang saya terima jam 5 pagi agak memeranjatkan, bermacam2 andaian buruk silih berganti di pemikiran. Tapi kuatkan hati juga untuk ke sekolah pada hari tersebut dengan doa agar semuanya kan selamat. Lepas perhimpunan rasmi sekolah, dapat panggilan telefon daripada sepupu ( SALWA MAHAYET ) dan dimaklumkan oleh doktor peratus untuk abg azhar hidup tinggal 10%. Ya..Allah..tidak dapat digambarkan perasaan ketika itu hanya air mata meluahkan rasa. Terus hubungi Bucuk untuk bergerak ke Kuala Lumpur secepat yang mungkin. Setelah mohon CRK  terus bergegas balik rumah dan kemas baju yang patut dan bertolak ke KL. Sepanjang perjalanan hanya air mata yang berbicara dan suara dj radio membebel. Masing-masing mencari kekuatan dalam diri untuk menerima sebarang kemungkinan yang berlaku.

Alhamdulillah selamat sampai di HKL serentak dengan Mak & Abah yang bertolak dari Kuantan. Apa yang dapat lihat 


Hanya doa yang dapat kami iringi Semoga Doa 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini diterima Allah..
AMIN....


Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Jumaat, Julai 20, 2012

RINDU MEMBAWAKU KE SINI...

Assalamualaikum...
Terkejut x? tibe2 ada manusia bg salam. hehehe.. Lama jugak xmembebel kat sini kan. Nak kata tersangat sibuk sampai xde masa nak menaip too, tipu la kan. Hari2 saya menjeling teratak nie cuma belum bersedia nak membebel. Cuma mengintai blog2 kegemaran untuk menghilangkan kebosanan di rumah.

Eerm.. nampaknye malam nie dah terawih pertama n esok puasa pertama 2012 bermula. Tibe2 rasa sayu dan gembira..confius la perasaan nie mana satu sebenarnya? xpe la apa la sangat nak heran dengan perasaan saya nie kan. sendiri rasa sendiri tanggung la.hukhukhuk.Rindu la kat kampung. rasanya dah terlalu lama xbalik kg. 
Rindu pada Mak..
Rindu pada Abah..
Rindu pada Ecah, Haiqal n Tihany
Rindu pada Mak Cik Anah
Rindu pada semua saudara mara
RIndu pada rumah
Rindu pada bilik
RIndu pada katil 
RIndu la pada semua yang ada kat kampung JAWA, KUANTAN, PAHANG..

SAYA RINDU
Tahun nie, suami saya kata raya di JB.Raya kedua baru balik Kuantan.hukhukk..saya sangat sedih (agak2 dia akan tukar fikiran x hahahaa..Semoga  Allah membuka pintu hati suami saya untuk menyambut Aidilfitri di Kuantan..Aminn ) hehehhe.. Niat dihati nak balik kg minggu kedua puasa nie..harap2 jadi la sebab saya nak bukak pose dengan mak n abah.. ;( siapa tahu ini tahun terakhir saya dapat berbuka bersama mereka.ye la, mana la kite tau umur saya xpanjang, xjumpa dengan Ramadhan akan datang.. ok xnak sambung lg..nanti saya nangis.

Saya nak ambil kesempatan nie, nak mintk maaf pada semua kalau ada salah dan silap..halalkan makan minum dan selamat berpuasa..Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.. Aminn.



Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

Selasa, Mei 01, 2012

Assalamualaikum..
Malam telah menjelma..seperti dah lama x menjenguk teratak nie.  Dah bersawang pun.  Banyak spider di sana sini. Xde la bz sangat untuk update tpi idea cam xmai2. Sunyi sepi jer suasana kat sini, cam ada kematian lak.hehehe.
Entah nape mlm nie terdetik hati nak post ayat2 skema lak malam nie. Sila jgn buat muka jebik kt sni yer.. Alamak, hilang kata2 plak.

Jom layan lagu nie jer la..