Ahad, Disember 18, 2011
En. Ciko...
Bicara Hati FaiZura Omey at 12:24:00 PG 0 comments
Sabtu, Disember 17, 2011
Selamat hari Lahir Mak..
Pada 15 Disember 2011 ( Khamis), hari lahir mak saya yang ke- 56 tahun. Alhamdulillah, mak masih sihat, masih kuat untuk berjalan dan melakukann aktiviti seharian dan semakin bergaya. Mak... panggilan itu mungkin sama seperti wanita2 lain tapi disebalik panggilan Mak itu terselit 1001 pengertian lain bagi kami anak2 Hajah Nor Aini Binti Awang. Kami sering mendengar cerita susah dan senang mak dibesarkan.. dan membesarkan kami. Xpernah rasa menyesal melahirkan kami. Setiap kali bertemu orang, mak sering ceritakan kehebatan anak2, walaupun kami xsehebat mana. tapi itu bukti yang mak amat menyayangi kami, mengasihi kami dan berbangga menjadi mak kepada kami.. Terima Kasih Mak.
Mak dah banyak berkorban untuk kami, bukan sahaja masa, wang tapi nyawa demi membesarkan kami.. Mak sentiasa melindungi kami dan berusaha memastikan kami sihat, gembira dan bahagia... kalau mak tahu kami susah, mesti mak xtenang. mesti mak asyik memikirkan macam mana nak tolong...itulah naluri seorang mak. Terima Kasih Mak...
Harap mak terus sihat dan dipanjangkan umur untuk bersama kami. Harap kami sempat berbakti kepada Mak, mengembirakan Mak dan memenuhi segala permintaan Mak.
Tawa dan air mata cuma mainan jiwa
Bicara Hati FaiZura Omey at 11:33:00 PG 0 comments
Hebat Ke Dia?
Itu bukan persoalannnya. itu cuma tajuk yang sengaja digempakkan.hahah.. Siapa dia? erm ok2 saya nak citer la nie, cuba bawak bersabar ( gelojoh amalan syaitan)
Dia nie seorang ibu kepada seorang baby yang comel dan seorang isteri kepada lelaki yang ensem ( dah laki dia mesti la dia puji) Saya mula kenal dia awal tahun 2011. Kenal tapi xpernah bertentang mata, xpernah bersalam, xpernah peluk cium ok. Cam ner kenal? Saya pun xingat cam ner first time leh kenal dia tapi sejak kenal too..hari2 saya nak jumpa dia, nak tahu tentang dia. Sehari ke sehari saya mula mengenalinya, saya tahu siapa dia, keluarganya, kisah sedihnya, cerita gembiranya dan aktiviti yang berlaku dalam kehidupannya. Walaupun saya xpernah bertegur sapa denganya. saya hanya pemerhati dari jauh tapi setiap kali melihat pasti emosi saya bersama emosinya..kalau dia sedih, saya mampu menangis. Bila dia gembira saya tertawa sendiri. Bile dia sedang geram, saya plak tambah2 geram. Mungkin itulah sebab orang2 lama cakap, xkenal maka xcinta.tapi bukan nak bercinta dengan dia yerk..saya bukan lesbian. Cuma sebagai seorang manusia, saya kagum dengan ketabahan dia. Secara tidak langsung dia juga menjadi guru tidak formal saya tentang kecantikan, tentang kehidupan dan cara mencantikan blog nie. Terima kasih kepada dia... Walaupun saya tahu dia xkenal dan xtahu tentang kewujudan saya...
Korang mesti dah geram kan..puji melambung jer kat dia tapi xtahu sape dia.ok..ok.. saya nak bgtahu la nie. dia yang saya maksudkan adalah Cik Puan Bunga hahahahhah.. dia pemilik sebuah blog yang sangat comel dan kreatif... xcaye klik la kat nama dia too...harap korang pun suka baca blog dia. Sowi CPB bukan nak promosi cuma nak berkongsi. Itu jer nak citer..Bye...
Bicara Hati FaiZura Omey at 10:39:00 PG 0 comments
Bila Tiada Anak , Isteri Lebih Terseksa..
Perepekkk..PAP....Adui.....kena pada muka sendiri. :( betul ke isteri lebih terseksa? Erm..terpulang pada individu la kan..tapi kagum dengan paparan Wanita Hari Ini 16/12/2011 di mana pasangan itu dah berbelas tahun kawin tapi belum dikurniakan anak dan menerima dengan redha dan sabar menanti. Tabik Springgggg..toi..toi... Pada hakikatnya memanglah bile sudah berkawin, mestilah ingin anak xkan nak hidup berdua jer sampai mati. Nanti sape nak doakan kalu dah mati dan sebagai pewaris harta pusaka ( hutang-piutang) hahaha..Namun itu semuakan perancangan Allah. Mana leh kite pandai2 tukar. TAPI kite kena la berusaha xkan nak tunggu anak bergolek2 datang depan kite.Memang xkan terjadi la. ( wah dah membebel plak pagi2 nie.)
Berbalik kepada tajuk tadi, memang diakui la isteri akan lebih rasa terseksa berbanding suami. Mana x nye asyik isteri jer disalahkan bile xdapat anak sedangkan anak kan hasil gotong royong dan bukan kerja sorang2 leh dapat. Jadi puncanya mesti daripada 2 kan..kan.. Mengikut kajian pun masalah datang dari isteri sebanyak 40%, masalah dari suami pun 40 % dan masalah dari kedua-duanya sebanyak 20%. Lupa lak mana saya dapat makumat nie. (tapi kajian nie bukan rekaan saya tau ) Jadi lau rasa kuat emosi n kewangan boleh la p pakar untuk dapatkan kepastian. Mana la tau, kedua-duanya normal / tiada masalah cuma rezeki belum sampai. Kena sabar la.. Sabar memang senang diungkapkan tapi yang nak menanggung bile tiap kali orang tanya bile nak ada anak..stress jugak. lagi stress bile suami kite senyum sendiri tengok anak orang lain. hukhukhuk... (emosi lebih )
Apa pun itu semua dah ditentukan.. Yakin dengan Perancangan Allah..Sesungguhnya DIA lebih mengetahui baik dan buruk untuk hambanya. Ini cuma pandangan peribadi saya..kalau korang rasa cam lain terpulang la kan..Apa pun harap korang leh doakan saya supaya berjaya mendapat zuriat dan menjadi mama seperti wanita2 di luar sana..Amin...
Bicara Hati FaiZura Omey at 10:11:00 PG 0 comments
Selasa, November 29, 2011
Cemburu tanda Sayang....
Bicara Hati FaiZura Omey at 7:14:00 PTG 0 comments
Jumaat, Oktober 14, 2011
Diam.....shyuuuuu...
Bicara Hati FaiZura Omey at 8:53:00 PTG 1 comments
Isnin, Ogos 01, 2011
Untuk Muslimin dan Muslimat...
Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa...Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang lebih baik dari sebelumnya...
Bicara Hati FaiZura Omey at 7:36:00 PG 0 comments
Isnin, Jun 06, 2011
Selamat Pengantin Baru Puan Ariza..
SEBELUM P KITE BERGAMBAR DULU...HEHEH |
INI DIA PASANAGAN VOGUE HARI TERSEBUT.. |
SENYUM JANGAN XSENYUM PUAN ARIZA.... |
PASANGAN PUAN ARIZA EN HADI (KLU XSALAH NAMANYE) |
Bicara Hati FaiZura Omey at 11:16:00 PG 0 comments
Sabtu, Jun 04, 2011
Jika Kesakitan Itu Satu Ujian
Bicara Hati FaiZura Omey at 1:05:00 PG 1 comments
Rabu, Jun 01, 2011
Kain Sarung Sarawak
TERIMA KASIH
PUAN HIDAYAH & CIKGU JAN
Bicara Hati FaiZura Omey at 6:40:00 PTG 1 comments
Untuk Mak dan Abah.
Ingin saat ini ku kucup dahimu,
Ingin rasanya aku peluk erat tubuhmu,
Mengalirkan air mata dalam pelukanmu,
Pelukan yang dapat menenangkan hati ini.
Abah,
Aku rindu cium tanganmu,
Tangan yang berhempas pulas mencari rezeki,
Aku rindu kata-katamu,
Kata-kata yang jarang kau ucap namun dapat menaikkan semula diriku.
Mak, Abah,
Aku rindu menatap wajahmu,
Aku rindu masakanmu,
Aku rindu nasihatmu,
Aku rindu gelak tawamu.
Mak,
Maafkan aku ketika aku malas membantumu,
Maafkan aku ketika aku merisaukan hatimu,
Maafkan aku ketika aku bukan anak yang baik,
Kerana sungguh, aku berusaha menjadi yang terbaik.
Abah,
Maafkan aku ketika aku bermasam muka,
Maafkan aku ketika muncungku panjang sedepa,
Maafkan aku ketika aku mengecewakanmu,
Kerana sungguh, aku masih mencari makna anak yang baik.
Terima kasih cintaku, mak dan abah,
Aku bangga jadi anak kalian.
Tawa dan air mata cuma mainan jiwa
Bicara Hati FaiZura Omey at 1:20:00 PTG 0 comments
Sambutan Hari Lahir Abah
Bicara Hati FaiZura Omey at 12:31:00 PTG 0 comments
Selasa, Mei 31, 2011
Saat Bergumbira...
SELAMAT HARI LAHIR ABAH
Ya..sayang abah...muuuaaahhhhh.... |
Bicara Hati FaiZura Omey at 10:18:00 PG 0 comments
Selasa, Mac 08, 2011
Ahli Baru Sudah Mai
hilang tanpa khabar berita.. sudah ke rumahnya tetapi berkunci dan bermangga.
2. Murid tahun 5, keluar rumah seperti biasa tapi xsampai sekolah dan baru pagi tadi dpt tahu sudah 2 hari
xbalik ke rumah.
3. Murid tahun 2, tertinggal van dan memaklumkan pada keluarga guru mendendanya sehingga tertinggal
van..tapi nak dijadikan kes, guru tersebut tidak berada di sekolah pada masa terakhir kerana membawa
murid bola jaring ke sekolah lain.
Ini la secubit kisah yang perlu saya dengar hampir setiap hari.Salah cikgu ke yang gagal mengajar? Salah ibu bapa ker yang gagal mendidik? Salah masyarakat ker yg tidak prihatin? Soalan itu terlalu sukar untuk dijawab.. Sendiri mau ingat.
Nama sy cik B.O = Blue Ocean..
Bye..bye..
Tawa dan air mata cuma mainan jiwa
Bicara Hati FaiZura Omey at 3:03:00 PTG 0 comments
Sabtu, Mac 05, 2011
Selamat Menunaikan Umrah
Inilah Syafiq..hehhe.. itu budak kecik plak mat aqil
Ahak..ahak...ini plak Pn. Maimunah dan Cik Ezzaty kite..
Semoga Allah permudahkan segala perjalanan dan Selamat menjalani Ibadah Umrah..doa kami di sini agar segalanya dalam keadaan baik dan selamat pulang ke Malaysia semula...Yg nie Mak Cik Nun dan My Beloved Mom..hukhuk Rindu kat mak...
Bye..bye.. HUkhukkhuk..
Bicara Hati FaiZura Omey at 3:26:00 PTG 0 comments
Pening Kepala Mengkaji
Assalamualaikum...
Waaawaa.. peningnya kepala saya belajar untuk menaik taraf teratak saya nie..ini la akibatnya belajar tanpa guru..nak bertanya malu..kan dah pening kepala..padan muka saya...hahhaha..
saya sangat dengki dengan blog-blog yg mereka-mereka yg gagah perkasa dan cantik tahap dewa-dewa..macam ner nak jadi superb cam mereka?? sila bertanya yerk..ok..saya akan tanya..insaf..hahah
MARI PERGI BERGURU
Tawa dan air mata cuma mainan jiwa
Bicara Hati FaiZura Omey at 12:09:00 PTG 0 comments
Jumaat, Mac 04, 2011
Hepi Birthday " Cerita Tanpa Noktah "
Bicara Hati FaiZura Omey at 5:53:00 PTG 0 comments