BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, Disember 01, 2010

Terima Kasih Kerajaan Malaysia...


111. Di atas segalanya, Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif Kerajaan, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. Dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, Kerajaan akan:
Pertama: Meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak 500 ringgit. Bantuan kewangan ini akan diberi kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara Kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada bulan Disember ini;

Assalamualaikum.... Selamat pagi...
Erm ari nie 1 Disember 2010 seperti yang dinyatakan oleh PM kite telah ditunaikan...pagi-pagi tadi masa on fb terbaca pada wall Cik Ayu my roomate masa di Jembal Inn, Trg postkan tentang duitnya yang bertambah tibe.so sepantas kilat saya membuka Maybank 2 u..dan  taraaaaaaaa...... duit bertambah sebanyak RM 500.. suka-suka.....macam tau-tau jer saya sedang xberduit untuk balik kg..Alhamdulillah....Syukur padaMu Tuhan di atas rezeki yang KAU berikan ini...Walaupun nilainya xseperti yang semua kakitangan kerajaan harap dan impikan tapi sekurangnya berguna jugak untuk mencukupkan keperluan. so mari ramai-ramai ucapkan TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA.....

Sebaik melihat penambahan akaun tadi terus call my hubby untuk kongsi perkhabaran nie.. nak tahu apa jadi? Dia yang syok lebih, ada la too pemintaan yang bukan2 dalam kotak pemikirannya..dan permintaan pertama dia adalah... "Malam nie Ayang belanje Abang makan kat luar yerk..." itu sememangnya permintaan pertama setiap kali saya dapat gaji dan bonus. kira sebulan sekali mesti kena punya lah...hahah.. xpe la, saya kan sayang suami setakat belanja makan ok la sebab suami saya bukan kuat makan pun.hehe..nasib baik..hahahhaha.

Sebenarnya xtau pun akan dapat seawal ini sebab menjangka sekali dengan gaji 20hb nanti..memang rasa juga peritnya maklumlah gaji bulan November diterima awal 10hb so beza dalam 40 hari..pening kepala berhari2 jugak la.. tapi dah dapat nie.. ok la sebab memang memerlukannya kerana nak balik kampung dan hari lahir my mom bakal tibe 14 hari dari sekarang...syukur  sangat2...

Mak nantikan kepulangan anakmu ini... sob..sob... (uik itu mat aqil sibuk plak dalam ini gambar ..heheh)

Tawa dan air mata cuma mainan jiwa

0 comments: